Saturday, 5 May 2018

Urutan Traditional ibu berpantang Pulau Pinang.

Urutan Traditonal 
Urutan sangat bagus untuk kanak-kanak dan dewasa .Tujuan berurut adalah untuk melancarkan aliran darah ,menghilangkan lenguh dan sengal .
Urutan sangat sesuai dilakukan diwaktu pagi dan juga petang.

Kelaziman urutan traditonal ni menjadi pilihan ibu-ibu berpantang .

Urutan ini dapat memberi kelegaan kepada ibu-ibu selepas bersalin dimana ibu menggunakan tenaga yang lebih dan otot-otat semasa proses melahirkan anak.

Kebiasaan bidan-bidan akan menyarankan mengambil 3 kali urutan berturut-turut ,selepas bersalin.

hari pertama biasanya bidan akan urut dalam tekanan yang ringan melongarkan urat-urat saraf .
Hari kedua bidan akan naikan sedikit tekanan dimana otot sudah lembut sedikit supaya ibu-ibu tidak berasa terlalu sakit yang menyebabkan tidak selesa.

 Hari terakhir bidan biasanya akan urut dan memperbetulkan kedudukan rahim atau lebih dikenali dengan sengkak rahim /naikan peranakan.

Urutan traditonal juga tidak tertumpu kepada ibu yang selepas bersalin sahaja. Urutan ni juga sangat sesuai untuk diamalkan sebulan sekali kepada mereka yang memang mementingkan kesihatan dan kekal awet muda .

Urutan memang bagus ,tetapi tidak semua golongan sesuai ,penghidap kanser ,mereka yang menpunyai masalah jantung , baru membuat pembedahan perlulah mendapat nasihat daripada doktor.

Semasa diurut seloknya pelangan tidak dalam keadaan terlalu kenyang dan terlalu lapar ,
tekanan darah dalam keadaan normal .



No comments:

Post a Comment

Featured post

URUTAN MALAYSIA

---------------------------------- URUTAN MALAYSIA  ---------------------------------- Urutan Malaysia ialah gabungan teknik terb...